Monday, November 10, 2008

SEJARAH AWAL

Latar Belakang Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Telaga Nanas bermula dengan bangunan kayu bakau dan beratap nipah yang diasaskan oleh penduduk kampung ini di bawah pimpinan ketua kampung masa itu, En. Aki B. Melan dan En. Rastam B. Daga. Setelah siap bangunan ini maka sekolah ini telah dibuka pada tahun 1930 dengan murid seramai 30 orang.

Tujuh tahun kemudian atas daya usaha jawatankuasa kampung sebuah bangunan baru sekolah (JKR 110) dan dua buah rumah guru yang berkembar (JKR 111E dan JKR 112E) serta sebuah padang bola sepak siap didirikan oleh pihak kerajaan di atas tanah seluas 1 ekar. 3 rod 9 pol pada 9 Oktober 1937. Ketika itu Guru Besar yang bertugas ialah En Ainon B. Jabadin serta dua orang guru penolong dengan murid seramai 46 orang. Jumlah murid kian bertambah dari masa ke semasa sehinggalah pada tahun 1960 jumlah murid telah mencapai angka 160 orang.

Murid-murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari kawasan-kawan sekitar seperti Ladang Cashwood dan Kampong Telok. Semenjak kerajaan memberi peluaang penduduk kampung ini mengikuti skim tanah dalam Rancangan Felda, Felcra dan RISDA, banyak dari penduduk kampung ini telah terpilih yang menyebabkan kekurangan jumlah murid sekolah ini . Pada tahun 70an keramaian murid adalah antara 50 hingga 60 orang sahaja.

Walaupun sekolah ini kecil dan terletak diluar bandar, sumbangan kerajaan pada sekolah terus dapat dinikmati oleh murid-murid. Pada tahun 1984, sebuah sekolah baru dibina beserta dengan sebuah tandas yang agak sempurna . Disamping itu, sekolah juga dapat menikmati bekalan air paip dan bekalan elektrik. Bangunan baru sekolah (jenis pasang siap tiga bilik darjah) telah mula digunakan di penghujung tahun 1984.

Usaha-usaha untuk memajukan sekolah baik dari segi pembelajaran murid dan aktiviti ko-kurikulum telah dapat dilaksankan oleh guru-guru dengan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa murid. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid di dalam bidang akademik, bahkan ada diantara bekas murid sekolah ini yang berpeluang melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.

Pada amnya sekolah ini telah sentiasa berkembang maju dari masa ke semasa . Sebagai contoh keramaian murid telah bertambah iaitu dari anggaran asal 80 hingga 90 orang kepada 100 orang lebeih. Jumlah murid yang lebih spesifiknya ialah 107 orang dan ini jika ditambah dengan murid pra sekolah iaitu seramai 25 orang jumlah ini menjadi 132 orang.

Sekolah ini semakin mendapat perhatian dari pihak kerajaan. Ini berdasarkan kepada projek-projek yang telah dilaksanakan di sekolah ini. Antaranya ialah projek pra sekolah . Kelas ini diwujudkan pada tahun 1991 di bangunan tambahan yang telah dibina oleh pihak kerajaan. Disamping itu sekolah ini jga mendapat bantuan dari kerajaan sebanyak RM14,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas ribu sahaja ) untuk membeli buku bagi melengkapkan pusat sumber sekolah.

Sekolah ini juga terdapat kemudahan lain seperti komputer (3 buah), TV dan Video. Selain dari itu sekolah ini memperolehi kantin baru serta sebuah bangunan tandas guru yang baru.Selain itu, salah satu daripada dua buah blok bangunan sekolah ini telah dibaik pulih dan lengkap dengan pendawaian elektrik yang baru serta dibekalkan dengan dua buah bilik darjah tambahan yang baru.

No comments: