Monday, May 9, 2011

pksr 1

hari ni dah masuk hari kedua pksr bermula.
hari ini ada pegawai dari JPN datang memantau.
selamat semuanya ok.

Thursday, May 5, 2011

program jiwa murni kd pelandok

pada sabtu bersamaan dengan 30 april 2011,telah dijalankan satu program bersama kd pelandok
tldm lumut.program yang dinamakan dengan nama jiwa murni ini telah mendekatkan warga sekolah dan pibg dengan anggota kd pelandok.
di antara aktiviti yang dijalankan ialah pembinaan tembok batu setinggi 5 kaki di pintu utama pagar sekolah.
selain itu aktiviti mengecat bangunan sekolah juga telah dijalankan sepanjang hari tersebut.
program ini telah dihadiri oleh komander kd pelandok bersama dengan 35 anggota pegawai.warga sktn bersama pibg juga turut serta dalam program yang dijalankan ini.

Tuesday, April 26, 2011

Kawan-kawan dalam kenangan

Kita mulakan cerita untuk tahun ini dengan kehilangan 2 rakan sejawat.
Di awal tahun cikgu Faizul telah berpindah ke Kulim Kedah.
Awal bulan april 2011 cikgu Hasiman pula telah bertukar naik pangkat
menjawat jawatan PPD Pra sekolah di PPD Manjung.

selamat bertemu kembali

selamat bertemu kembali setelah hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini.
banyak sebab yang blog ini tidak dapat dikemaskini.
semoga selepas ini blog ini akan terus dapat menceritakan segala
peristiwa yang berlaku untuk tatapan pembaca terutama bekas pelajar yang
pernah berkampung di sekolah ini.